Ayam Kampung Organik merupakan sejenis ayam yang mempunyai khasiat yang baik,kadar lemak yang rendah, tumbesaran yang cepat ,dan mempunyai struktur daging yang lembut serta mendatangkan pulangan yang tinggi dalam masa yang singkat ( 60 hari ).Terdapat permintaan yang amat tinggi di pasaran sekarang kerana sistem dan bahan pemakanan yang di berikan di rumus khas untuk tujuan organik. Pemilihan baka ternakan juga mempunyai beberapa kriteria yang perlu di beri perhatian agar kadar kematian tidak tinggi dan jangkamasa pemeliharaan yang singkat agar pulangan yang di ingini tercapai.Pihak pengurusan ladang ayam organik Budi Cemerlang telag mendapat kerjasama yang terbaik dari beberapa pihak seperti Jabatan Haiwan, Usahawan Ternak Jaya, Kilang memproses makanan serta bimbingan dari beberapa pihak yang telah mengeksport produk tersebut keluar negara.
rebung buluh madu adalah sejenis tumbuhan yang banyak terdapat di Malaysia di mana tanaman jenis ini mula mendapat perhatian terutama di kedai makan dan lain-lain hentian makanan.Hasil dari rebung buluh madu ini dapat di perbagaikan sebagai sumber makanan seperti ulam,kari atau gulai,sayuran campuran,pajeri dan jeruk rebung serta acar.Rebung Buluh Madu mempunyai pelbagai khasiat yang baik untuk kesihatan.